Jumaat, 26 Oktober 2012

5 sEbAb MeNgApA PeNtiNgNyA SeOrAnG SaHaBat KePaDa PeMiMpIn



Setiap orang mempunyai sahabat. Sahabat ada walaupun dimana kita berada tanpa mengira apa status kehidupan kita. Seorang kanak-kanak perlukan sahabat. Seorang dewasa perlukan sahabat. Seorang pemimpin juga perlukan sahabat.dapatkan kita jalani kehidupan yang pelbagai tanpa mereka? Jumlah sahabat semakin kita meningkat usia selari dengan masa begitulah juga bilangan sahabat kita. Kecuali jika anda seorang yang sangat dibenci mungkin ini sebaliknya.kita sangat perlukan walaupun seorang sahabat untuk menempuhinya. Sesiapa sahaja boleh jatuh atas kategori sahabat kita. Ibu bapa, Guru, Rakan Sekerja dan sesiapa sahaja. Sebabnya mengapa kita terlalu perlukan mereka.



Teman-Sahabat boleh didapati dimana-mana. Sesiapa sahaja. Andai kata suatu hari kamu pergi ke tempat yang sangat asing dan tidak kenal sesiapa pun, saya pasti dan sangat pasti kita akan menetapkan sesiapa yang boleh kita percayai dan mula menjadikan mereka teman atau sahabat. Jika kita terlalu terasing tanpa teman, mampukah kita terus bertahan?


  Pendengar dan Pengkritik - Kecuali kamu seorang yang bisu, kamu tidak akan menceritakan kenangan, masalah, dongengan atau idea kepada sahabat. Tapi sebagai manusia, kita akan terus berkomunikasi sehingga bila-bila walau dengan apa cara sekali pun. Sahabat adalah seorang pendengar kepada bahan cerita kita. Mereka juga punyai ruangan yang luas untuk mengkiritik atas segala apa yang kita sampaikan.  Ini memberikan peluang yang baik untuk kita berfikir semula apabila sudah menerima. Kritikan bukan hanya     untuk menghancurkan. Kritikan juga berupa sebuah nasihat cuma dengan cara penyampaian yang berbeza. Kritikan juga boleh memulakan perbincangan. Perbincangan menghasilkan idea. Idea penting untuk seorang pemimpin.


Pencerita - Kita juga sahabat kepada mereka. Jadi, kita juga pendengar dan kita juga pengkiritik atas segala cerita merekaDengan menjadi pendengar, ini memberi pulangan sebuah pengalaman dan pengajaran kepada seorang pemimpin.Dengan juga menjadi seorang pengkiritik, ianya membuka ruangan untuk berfikir dan membina jalan untuk sebuah penyelesaian. Jika cerita yang disampaikan tentang kejadian buruk, kita akan mengambil iktibar dan mempelajari pengajarannya. Jika cerita baik, kita akan turut sama menumpah pengalaman tentang formula kebaikkan tersebut.


 Mengembangkan Perhubungan - Seperti media sosial, sahabat anda mungkin sahabat saya atau bakal sahabat. Bakal sahabat? Ini berlaku apabila sahabat kamu memperkenalkan sahabat mereka. Ini penting kerana ianya mengembangkan jaringan anda atau lebih kita fahami "Network". Setiap manusia punyai kemahiran dalam bidang masing-masing yang pelbagai. Jadi, jaringan membuka peluang untuk seorang pemimpin mengenal pasti dan menggunakan peluang tersebut dalam menambah baik sesuatu proses atau menyelesaikan masalah


 Pembimbing - Pemimpin juga perlukan bimbingan. Tidak semua yang dibimbing betul. Sebagai manusia biasa, tidak akan lari kita daripada masalah dan tidak akan kita berhenti untuk menjadi lebih baik. Sahabat dapat membimbing kerana mereka punyai latar belakang dan perjalanan hidup Sahabat yang baik tidak sanggup untuk melihat sahabat mereka terjatuh sekali pun. Justeru, mereka pasti akan menghadirkan bantuan dan bimbingan serta langkah berguna dalam menghadapi apa sahaja keadaan sekali pun.Pentingnya seorang sahabat ke atas kejayaan seorang pemimpin amatlah banyak dan besar. Binalah empayar kejayaan berseorangan, tanpa pertolongan sesiapa. Pasti berjaya, tapi berapa lama dan berapa jauh nilai kejayaan tersebut. Ataupun, segala usaha hanya sia-sia.






mEnGaPA kAWaN mAKan kawAn


Lumrah dunia ada dikalangan kita yang baik-baik dan ada juga yang jahat. Namun hampir semua kita lebih tajam ingatan apabila orang melakukan kejahatan terhadap kita berbanding kebaikan. Kejadian dunia kadang-kadang menyebabkan kita keliru dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Kawan makan kawan menjadi persoalan kepada kita semua. Mengapa ia berlaku? adakah mereka-mereka ini tidak punya perasaan?

Setiap kita di dunia sentiasa ingin menjadi terbaik. Inilah disebut survival kehidupan. Sentiasa bersaing sesama sendiri. Dikala mengejar sesuatu yang terbaik kita kadang-kadang terlupa dan alpa mengenai kemanusian. Kadang-kadang kita tersasul dan ada pula sengaja melakukannya kerana disakiti atau ingin membalas dendam. Di sini wujud mangsa dan pemangsa.

Mari kita fahami tingkah laku manusia, mengapa manusia selalu bertindak kejam yang sanggup menjatuhkan kawannya sendiri sebelum kita pergi lebih jauh dan lari dari landasan kebijaksanaan kita. Manusia apabila terdesak akan membuat sesuatu di luar jangkaan contohnya apabila mereka kesempitan wang, merasa terancam, desakan nafsu dan desakkan lain yang mendorong bertindak di luar naluri fitrah manusia. Kalau kita lihat dari sudut negatif pula, kita boleh kategorikan manusia kawan makan kawan adalah manusia yang penuh dengan cemburu, iri hati, hasad dengki dan tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada.
Jika kita lihat dunia pada masa sekarang adalah dunia yang cukup mencabar di mana setiap orang di didik dengan sistem ekonomi imprealisme, leberalisme dan demokrasi yang penuh dengan desakan nilai paksa sebuah kertas. Setiap orang harus bersaing. Di sini jelas bahawa desakkan merupakan kunci mengapa kawan makan kawan terjadi.

Lalu adakah perlu kita menyalahkan dunia yang kejam ini atau kita menyalahkan takdir atas apa yang terjadi. Semua ini sudahpun disebut beribu tahun dahulu kita juga di ajar bagaimana untuk mengatasinya. Ingatkah anda semua dengan ayat ini "Seekor semut di atas batu hitam di malam yang gelap"? jika anda kenal dengan ayat ini, maka anda tahu bahawa cabaran pada era ini bukanlah calang-calang cabaran yang kita hadapi.

Mengapa saya nyatakan bahawa kita sudah di didik beribu tahun dahulu. Lihat ayat ini “Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar....Mereka yang sabar itu akan diberi dua kali ganda pahala disebabkan kesabaran mereka....” (al-Qashash:54). Kita disuruh untuk bersabar. Selain itu, Sabda Rasulullah, "Orang yang paling cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati." (Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Abidunya.). Didikan ini cukup untuk kita menghadapi situasi ini. Tidak perlu kita membalas individu yang disifatkan kawan makan kawan. Muhasabah diri sendiri, pernahkah kita menyakiti orang lain seperti orang lain menyakiti kita. Redha dengan apa yang terjadi. Jangan merungut atau mengeluh. Sebaliknya kita perlu menjadi lebih kuat dari segi emosi dan matang dari segi kehidupan. Hidup kita tidak lama dan banyak lagi perkara penting yang harus dilakukan daripada membalas individu yang disifatkan kawan makan kawan. Segala rahsia atas kejadian langit dan bumi hanya pencipta kita sahaja yang tahu.

Kita selalu salah sangka dengan pencipta kita. Semasa kecil dulu, apabila saya melihat ibu kucing menggigit anaknya. Saya terus berfikir bahawa ibu kucing itu jahat. Padahal hakikat sebenarnya itulah cara ibu kucing membawa anaknya. Gigi kucing mempunyai deria yang mampu mengawal tekanan gigitan yang tidak mencederakan anaknya. Jika kita tidak tahu maka kita terus menyalahkan orang lain. Janganlah kita berlagak tahu dan berserahlah dengan yang esa.

Apa yang saya sampaikan diharap dapat memberi menafaat kepada pembaca dan jika ada silap dan salah, jangan takut untuk menegur saya dengan cara berhikmah. Saya sedia mendengarnya. Sesungguhnya lebih mudah kita berdebat dengan orang yang memiliki ilmu daripada orang yang jahil.

Khamis, 25 Oktober 2012

KaWaN sELaMaNyA


Kata mak
KAWAN itu ibarat lebah, habis madu spah di buang... ..

KATA AYAH
KAWAN itu umpama bunga ros, di pandang cantik di pegang sakit... ..

KATA  ATUK
KAWAN itu sepeti ait, tersu mengalir... ..

KATA NENEK
KAWAN itu bak bulan, dipuja dan disanjung tapi nun jauh di sana... ..

KATA SAUDARA
KAWAN itu macam makanan, kawan makan kawan!!!!!


KATA ABANG
KAWAN itu seperti lembu, mengikut je apa yang di kata... ..

KATA KAKAK

KAWAN itu tak ubah macam durian, bau busuk je tapi sedap di makan... ..

KATA ADIK

KAWAN itu macam biskut, sekejap ada sekejap tak ada... ..

KATA  AKU
KAWAN itu tak kisahlah macam mana... ..
walaupun dia
‘IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN DAN MACAM BISKUT!!!!!!’

dia tetap KAWAN... ..
tau tak sebab apa
??
sekali aku dah berkawan dengan dia... ..selamanya dia tetap
KAWAN aku...
itulah cara aku
BERKAWAN... ..!!!!!

Sabtu, 6 Oktober 2012

KaTa KaTa H!kMaH PaDa KaWaN..


a)    Sahabat,untuk membina sebuah persahabatan terkadang mengambil masa bertahun-tahun lamanya.Tetapi untuk memusnahkannya terkadang mengambil waktu tidak sampai sesaat pun.Untuk itu jujur dan ikhlas adalah kunci dalam setiap persahabatan.

b)  Sahabat,persahabatan yang telah terbina ibarat dua jambatan yang menghubungkan antara dua benuha,Jambatan itu akan terus kukuh jika ia sentiasa dibaiki oleh kedua-dua pihak.


c)  Sahabat,Bersahabatlah ibarat sepohon pokok, yang berakarkan KESETIAAN,KESEFAHAMAN, berbatangkan KEIKHLASAN, berdahankan KEJUJURAN, berantingkan  dan berdaunkan KASIH SAYANG

d) Sahabat,Mengenalimu satu kesyukuran, bergurau denganmu satu kebahagiaan, menyakiti hatimu akan ku elakkan..satu permintaan dariku semoga persahabatan kita berpanjangan.


e)    Sahabat,Persahabatan itu seperti mata dan tangan.Ketika tangan terluka mata menangis.Ketika mata menangis tanganlah yang menghapuskannya...dan orang mengenali benar sahabat-sahabatnya ialah pada waktu dia dalam keadaan susah.

f)   Sahabat,Bergaullah dengan manusia sebaiknya,Sehingga kalau kamu mati mereka tangisi Dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu.

g)    Sahabat,Apabila engkau ingin mengambil seseorang menjadi teman,maka buatlah dia dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadi sahabat.

h)  Sahabat,Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa.


i)  Sahabat,Terlalu sukar menjalinkan persahabatan kerana ia adalah pertautan hati,bukan pertautan fikiran,lebih-lebih lagi bukan perhubungan kebendaan semata.

j)   Sahabat,Persahabatan yang akrab tidak dapat dipisahkan melainkan dengan kematiaan..

k)  Sahabat,jika kamu bersahabat bersiap sedialah untuk berkoraban demi sahabat kamu itu.jika kamu bermusuhan dengan sahabat mu bersiap sedialah untuk mengalah demi persahabatan kalian.

l)    Sahabat,Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pepasir dipantai, Tetapi teman yang satu adalah mutiara diantara pepasir itu.

m)   Sahabat,Apabila ingin bersahabat,janganlah kerana kelebihannya,kerana kemungkinan satu kekurangan darinya,kau mungkin akan menjauhinya

DeF!nAs! TeMaN


Teman adalah seseorang yang mahu menunjukkan di mana letak kesalahan,bukan seseorang yang membicarakan di belakang dan membiarkan tetap dengan kesalahan yang telah buat tanpa tahu apa yang salah.Teman adalah seseorang yang tidak menumbuhkan perasaan negatif dalam hati dan pikiran.Teman adalah seseorang yang menegur lalu menggatakan bicarakan orang lain.Teman adalah seseorang yang tidak membiarkan menghabiskan waktu dengan sia-sia untuk sekadar sembang tanpa makna.Teman adalah yang seseorang tidak pernah berbicara kasar dan mempengaruhi untuk ikut bercakap kasar.
Teman adalah seseorang yang ingin menjadi lebih baik.Teman adalah seseorang yang membuat berfikir positif dan tidak berprasangka buruk terhadap orang lain.

TENTANG TEMAN
Teman adalah manusia biasa yang tidak akan lepas dari salah dan lupa.Teman yang baik adalah teman yang mahu berbesar hati meminta maaf jika salah dan memaafkan kesalahan teman yang sudah berbuat salah.Teman itu bererti seseorang di luar diri kita yang telah mengenal kita.Teman adalah orang yang tidak membuat kita merasa buruk juga tidak membuat kita menjadi buruk.

SEBUAH PUISI UNTUK SAHABATKU
Matamu bagaikan kilatan pedang yang tajam,
Menghujam tepat di hati lawanmu,
Tutu katamu membuat suasana jadi tentram,
Mengapa sekarang kau terdiam,
Tanpa candamu hari-ahriku kelabu,
Dukamu bagai tangisan alam,
Bawakan sebuah kesedihan yang dalam..

KaWaN Ba!K


Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.
Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu
kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.
Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk
membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya
untuk berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat dilu ahkan kepada kawan biasa.
Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah
seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada k awan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya .
Kawan yang baik akan menghantarkan buletin ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.
Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik...kepada kawan baik kita.
kita kawan kan ...???

Rabu, 3 Oktober 2012

C!r! C!r! TemAn YanG Ba!k


Teman bukanlah sekadar seseorang yang sering bersenang-senang dan bermain dengan anda setiap saat. Namun teman lebih dari itu, teman adalah peribadi yang secara langsung  biasa mempengaruhi kehidupan dan kepribadian anda. Oleh kerana itu, carilah teman yang baik, teman yang tentunya biasa membuat hidup anda biasa menjadi lebih baik.Namun ternyata, mencari teman yang baik bukanlah hal yang mudah. Kerana adakalanya seorang teman akan memperlihatkan kebaikanya saat kita sedang banyak duit, namun saat kita kesusahan, mereka dengan mudah meninggalkan kita. Untuk mencari teman yang baik, kita seharusnya mengetahui pribadinya secara mendalam. Dan jika anda belum tidak mengetahui pribadi seorang teman secara mendalam, mungkin anda biasa memperhatikan beberapa ciri-ciri seorang teman yang baik.

Ciri ciri teman yang baik


SETIA DALAM PERSAHABATAN
Kesetiaan merupakan point utama untuk membina sebuah hubungan yang sihat, baik dalam persahabatan atau pun dalam keluarga. Setiap orang tentu pernah membuat kesalahan pada suatu waktu, mengalami pasang surut kehidupan, bahkan menampilkan perilaku yang tidak dapat dibanggakan.Ketika kita menemukan teman atau orang-orang terdekat yang dapat memaafkan dan mendampingi kita dalam keadaan apa pun, kita patut bersyukur. Jangan pernah mensia-siakan ksetiaan yang ditunjukkan oleh para sahabat dan hargailah selalu hal itu.

HORMAT
Perlakukan orang lain secara baik dan hormat agar kamu pun diperlakukan dengan cara yang sama.Tidak pernah rasanya diabaikan, dihakimi, dimanipulasi, direndahkan, atau diperlakukan secara kasar dan tidak layak. Memang ada kalanya kita tidak sependapat dengan pendapat teman atau orang terdekat. Tapi ia menunjukkan rasa hormat dan menjadi satu hal yang mutlak.

TANPA SYARAT
Saat seseorang membantu orang lain dengan harapan mendapatkan sesuatu yang lain pada masa dapan. Seorang sahabat sejati bersedia membantu dengan tulus tanpa ada syarat apa pun.

DAPAT DIPERCAYAI
Seorang sahabat yang baik seharusnya dapat dipercaya dan mampu menyimpan rahsia yang telah diamanahkankan padanya. Sahabat yang baik tidak akan menusuk dari belakang, atau membocorkan aib temannya sendiri kepada orang lain. Jika kamu ingin menyampaikan sesuatu yang bersifat rahasia kepada sahabat, pastikan dulu bahawa ia memang dapat dipercaya.

PEDULI
Perilaku yang tulus dan mendengarkan dengan sesama apa yang disampaikan orang lain sangat penting dalam menjalin hubungan yang rapat. Jauhi sikap angkuh yang hanya memikirkan diri sendiri. Sebaliknya, tunjukkan kepedulian dengan memfokuskan perhatian terhadap orang lain agar ia merasa dihargai dan bererti.

DAPAT DIANDALKAN
Sahabat adalah orang yang dapat diandalkan ketika orang lain sepertinya tidak dapat diharapkan. Ketika seorang sahabat berjanji akan datang menghibur kamu disaat patah hati, maka ia akan benar-benar mengetuk pintu rumah kamu seperti yang telah dijanjikannya. Ia akan selalu ada untuk memberikan sokongan moral.