Jumaat, 26 Oktober 2012

5 sEbAb MeNgApA PeNtiNgNyA SeOrAnG SaHaBat KePaDa PeMiMpIn



Setiap orang mempunyai sahabat. Sahabat ada walaupun dimana kita berada tanpa mengira apa status kehidupan kita. Seorang kanak-kanak perlukan sahabat. Seorang dewasa perlukan sahabat. Seorang pemimpin juga perlukan sahabat.dapatkan kita jalani kehidupan yang pelbagai tanpa mereka? Jumlah sahabat semakin kita meningkat usia selari dengan masa begitulah juga bilangan sahabat kita. Kecuali jika anda seorang yang sangat dibenci mungkin ini sebaliknya.kita sangat perlukan walaupun seorang sahabat untuk menempuhinya. Sesiapa sahaja boleh jatuh atas kategori sahabat kita. Ibu bapa, Guru, Rakan Sekerja dan sesiapa sahaja. Sebabnya mengapa kita terlalu perlukan mereka.



Teman-Sahabat boleh didapati dimana-mana. Sesiapa sahaja. Andai kata suatu hari kamu pergi ke tempat yang sangat asing dan tidak kenal sesiapa pun, saya pasti dan sangat pasti kita akan menetapkan sesiapa yang boleh kita percayai dan mula menjadikan mereka teman atau sahabat. Jika kita terlalu terasing tanpa teman, mampukah kita terus bertahan?


  Pendengar dan Pengkritik - Kecuali kamu seorang yang bisu, kamu tidak akan menceritakan kenangan, masalah, dongengan atau idea kepada sahabat. Tapi sebagai manusia, kita akan terus berkomunikasi sehingga bila-bila walau dengan apa cara sekali pun. Sahabat adalah seorang pendengar kepada bahan cerita kita. Mereka juga punyai ruangan yang luas untuk mengkiritik atas segala apa yang kita sampaikan.  Ini memberikan peluang yang baik untuk kita berfikir semula apabila sudah menerima. Kritikan bukan hanya     untuk menghancurkan. Kritikan juga berupa sebuah nasihat cuma dengan cara penyampaian yang berbeza. Kritikan juga boleh memulakan perbincangan. Perbincangan menghasilkan idea. Idea penting untuk seorang pemimpin.


Pencerita - Kita juga sahabat kepada mereka. Jadi, kita juga pendengar dan kita juga pengkiritik atas segala cerita merekaDengan menjadi pendengar, ini memberi pulangan sebuah pengalaman dan pengajaran kepada seorang pemimpin.Dengan juga menjadi seorang pengkiritik, ianya membuka ruangan untuk berfikir dan membina jalan untuk sebuah penyelesaian. Jika cerita yang disampaikan tentang kejadian buruk, kita akan mengambil iktibar dan mempelajari pengajarannya. Jika cerita baik, kita akan turut sama menumpah pengalaman tentang formula kebaikkan tersebut.


 Mengembangkan Perhubungan - Seperti media sosial, sahabat anda mungkin sahabat saya atau bakal sahabat. Bakal sahabat? Ini berlaku apabila sahabat kamu memperkenalkan sahabat mereka. Ini penting kerana ianya mengembangkan jaringan anda atau lebih kita fahami "Network". Setiap manusia punyai kemahiran dalam bidang masing-masing yang pelbagai. Jadi, jaringan membuka peluang untuk seorang pemimpin mengenal pasti dan menggunakan peluang tersebut dalam menambah baik sesuatu proses atau menyelesaikan masalah


 Pembimbing - Pemimpin juga perlukan bimbingan. Tidak semua yang dibimbing betul. Sebagai manusia biasa, tidak akan lari kita daripada masalah dan tidak akan kita berhenti untuk menjadi lebih baik. Sahabat dapat membimbing kerana mereka punyai latar belakang dan perjalanan hidup Sahabat yang baik tidak sanggup untuk melihat sahabat mereka terjatuh sekali pun. Justeru, mereka pasti akan menghadirkan bantuan dan bimbingan serta langkah berguna dalam menghadapi apa sahaja keadaan sekali pun.Pentingnya seorang sahabat ke atas kejayaan seorang pemimpin amatlah banyak dan besar. Binalah empayar kejayaan berseorangan, tanpa pertolongan sesiapa. Pasti berjaya, tapi berapa lama dan berapa jauh nilai kejayaan tersebut. Ataupun, segala usaha hanya sia-sia.






1 ulasan:

  1. How to play casino? - Dr.MCD
    The most 제주 출장마사지 important 시흥 출장마사지 step to winning at a casino is with the minimum deposit of at 강원도 출장마사지 least $5. 김해 출장안마 The minimum amount is $5. This casino has 포항 출장샵 a lot of

    BalasPadam